Wednesday, August 11, 2010

Ada Ketikanya

Ada ketikanya,
terasa seperti mahu mencipta sebuah karya sempurna,
Bercerita tentang keindahan hari ini,
Dalam keheningan ini,
Deruan semilir dalam bertafakur bersantapkan
lantunan zikir yang tidak henti,
Tanda syukur yang tidak berbelah bagi.

Ada ketikanya,
Kudrat ini mahu menari semahu-mahunya,
Beriramakan alunan sang  bayu,
Mengusap lembut membuatkan kita terlena,
Lantas dikejutkan dengan bisikan nurani,
Memanggil kembali memuji Ilahi.

Ada ketikanya,
Kesyukuran disalurkan dengan tasbih kifarah,
Dengan pujian zikir kepada Allah,
Kerana itulah lumrah manusia,
Ada ketikanya,
Pengubat hati yang lara,
Peneman duka nestapa,
Adalah zikrullah

Mushesa
Karya Sahur 2 Ramadhan, 5:17 Pagi


No comments:

Post a Comment