Monday, August 2, 2010

Epilog Ngeri Sebuah Ilusi

Aku,
Berada dalam satu persimpangan,
Tiada penghujung dan mungkin tiada erti~
Navigasi menuju ke satu destinasi,
Lantas ku lenyapkan sebuah ilusi,
Intuisi menyapa menggegar paradigma,
Untuk aku lenterakan semangat ku semula.



Mereka datang umpama angin~
Hadir menyentuh sekujur tubuh yang rawan,
Lantas lenyap dibawa arus perubahan,
Namun, ada yang tertinggal terleka dibuai hati~
Lalu aku cuba untuk membenarkan ia bertahan seketika,
Tiba-tiba hati ini terpanggil untuk merelakan dia bertakhta,
Aku sekali lagi rebah dibuai emosi,
Aku buta seketika,gelap menerpa seantero minda~


Ya Allah,
Sekali lagi dugaan melanda dalam hidup ini,
Memang benar angin itu menyeru aku sesuatu,
Memberita setiap inti perdebatan duniawi,
Yang ada hanyalah luahan emosi,
Buntu, tidak menggunakan ilmiah mahupun akal dan hati.
Sekali lagi aku rebah,
Namun rebah dengan sebuah kekuatan,
Dengan kehormatan yang masih aku pegang sehingga kini,
Aku rebah, dalam kedaifan dihadapanMu,
Memohon menyeru menyalurkan sebuah peluang~
Peluang meraih keredhaan Dia~


Lewat saat ini,
Seketika aku terhanyut,
Menyintai sesuatu yang bukan milik yang abadi,
Epilog ngeri memaksa aku melupakan kembali,
Namun penipuan itu bukanlah aku,
Keindahan sebuah mimpi menyapa hidupku lagi,
Kita ketawa, kita berduka,
Itulah emosi yang paling ketara,
Kita masih bermain dalam arus perasaan,
Usah dipermainkan sebuah harapan yang tegar,
Kerana ia merupakan satu anugerah yang terindah,


Apa yang pasti,
Aku bukan milik yang abadi,
Engkau bukan milik yang hakiki,
Engkau ternyata masih terbelenggu,
Aku juga begitu,
Tapi aku tak mampu lagi berdiri,
Jika Dia tidak disisi,
Aku rebah~
Aku gundah~
Moga kau fahami isi hatiku~
Namun kesabaran aku merupakan satu hadiah buatmu~
Insya Allah
Harapan itu pasti akan menjadi realiti~


Mushesa

No comments:

Post a Comment