Monday, August 2, 2010

Terima Kasih Tuhan

thanks_god_for_living___by_yuna_arts
 
Dikeheningan malam ini,
Sekujur tubuh derita melabuhkan paksi simetri
Anggota badannya selari posisi Ka’bah.
Dalam kelam malam, alunan zikrullah memecah
Tiap kedamaian insan yang sedang lena dibuai
Drama, mimpi dan ilusi…


Tatkala ini,
Sesusuk derita itu bangkit bertakbir merafakkan sembah,
Pada Maha Pencipta, Selaku terima kasih,
Sekalung harapan, pemberi sejahtera.


Pada ketika ini,
Ada yang masih menduga, membuta, sengsara,
Terpukul dalam belenggu nafsu,
Terpalit dengan tempias kedaifan minda,
Dan seteru mereka turut larat berdekah,


Tiada henti,
Kerana dunianya seakan lupa alpa,bebas melata.
Sempit, kosong, itulah hati durjana,
Maha nafsu lansung menjadi dewa.


Ketika ini,
Masih berada dalam baju dunia,
Terkadang tersesak nafas bebas itu,
Kadangkala payah menagih udara,
Kesat, lewat, lemah, binasa,
Degupan satu persatu,
Terhenti seketika,



Laksana paradigm berhenti bernyawa,
Naluri dan emosi bergegak gempita,
Lenanya aku ketika bermimpi,
Terjaga dengan dengkuran


Bumi yang kian sepi,
Sepi dari kewujudan aku sebagai pengisi tazkirah,
Penggubal kewarasan,
Pelapis kecekalan,


Kian lama,
Malam membawa aku kembali semula,
Kembali di mana aku berdiri lebih sekurun sepi,
Natijahnya bukan realiti,
Namun usah dikira biar sekelumit ia pergi,
Hijab itu kian terbuka,
Melewati tiap intipati perjuangan,


Di medan letusan berapi,
Dalam alam ciptaan manusia,
Kronologinya belum pasti,
Sama ada hitam,putih atau merah,
Derita atau sengsara,

Dalam kelam malam,


Ilusi itu membingitkan aku,
Untuk bangkit menguji diri,
Sejauh mana interpretasiku,
Benar atau salah,
Aku tidak boleh leka,
Kerana mereka sedang menunggu,


Tibanya,
Saat ku ungkap kalimah taubat,

Terima kasih kepada Tuhan

Mushesa

No comments:

Post a Comment