Monday, August 2, 2010

Peneman Hati

images
Aku berbeza dari kamu,
Penglihatan kita serupa,
Cerminan lahiriah yang tidak berbeza,
Kau ada akal, kau ada hati,
Kau ada segala titik reformasi,
Tatkala mencari sebuah integriti,
Kadangkala kau rebah dimamah ilusi,


Mujur kau punya aku,
Aku masih berdiri sebagai peneman yang setia,
Sebagai penebas duka, pengawal emosi,
Sebagai saksi ketika tangis duka meremuk hati,

Pada saat itu,
Mereka telah pergi meninggalkan sebuah hati yang sepi,



Mujurlah kau masih punya aku,
Aku sanggup menelan biar baik mahupun burukmu,
Kadangkala aku sanggup menjadi pengantara antara deriamu
Dan mimpimu,


Kadangkala aku sanggup menjadi penanti setia biarpun berabad
Masih kau berjalan kepadaku,
Kerana aku peneman setiamu,
Sebagai sahabat,
Sebagai sang pencinta,
Sebagai pembawa khabaran gembira,


Waiting____by_angelreich
 
Biar kita masih disini,
Tetap mencari sebuah resolusi,
Aku tidak mampu menjadi segalanya demimu,
Kerana kudratku juga kurniaan dari pihak yang sama,
Benar, ia bukan milikku,


Namun,
Semakin aku cuba menghampiri,
Bayangmu dibundarkan silauan cahaya,
Cahaya yang pernah kau resah daripadanya,
Lantas aku yang masih berdiri,
Menjadi tempatmu,luahan mu,


Akulah pendengar setia,
Umpama panahan satu persatu menusuk meranap kalbu,
Ku pertahankan kerana mahuku kau sentiasa bahagia,


Hakikatnya,
Aku tetap berdiri disini,
Biar sugul, biar hambar,
Andaiku rebah,nafasku tidak mudah goyah,
Sekelumit zarah keringat membasahi tinta,


Kerana itulah aku,
Luahanku hanya sekadar renungan,
Biar jasad ini menjadi yang terbaik hadirnya,
bukan terpana dengan segala noda~
itulah luahan sebuah hati~
sebagai peneman berabad sejati~


Mushesa

No comments:

Post a Comment