Monday, August 2, 2010

Kedamaian

images

 

Andai esok…
Suatu hari,

Bertatih dia menuju ke lembah derita,
Bertatih dia menuju ke lembah durjana,
Berlari anak mencari sebuah cerita,
Tentang hari esok yang kian suram dilitupi awan,
Kerana kisah semalam menghamparkan sebuah tangisan.
Sebuah kisah hidup berpena senjata, berdakwatkan air mata,
Bertintakan sebuah luka, terguris pedih menampakkan lohong bernanah.

palestin3

Angkara siapa?
Angkara siapa?
Tiada siapa berani bersuara,
Suara kecil datang dari hati yang terlalu lemah dan hina,
Angkara mereka,
Angkara mereka,
Dajal di bumi sengsara, biar satu, dua pergi, namun hati tetap mati,
Memperjuangkan sebuah kedamaian yang ternyata ilusi,
Pesimis mengemis dibumi sendiri,
Biar luka itu berbaur hanyir menampakkan selirat perjuangan,
Sebuah tangisan kesakitan sudah tidak bererti,
Kerana keterbiasaan melangkaui kematangan pemikiran.

palestin

Andai esok,
Suara itu mampu menggegak gempita dunia,
Biar batu nisan yang sekian lama bertanda bergegar semua,
Biar gempa menggegar liang lahad mereka yang telah lama pergi,
Biar darah yang telah lama kering, mengalir panas, basah sekali lagi,

palestinealways2_sk

Andai esok akan tiba juga,
Biar kepekatan malam menjadi teman untuk bertahajud menghadap ilahi,
Biar siangnya terus hakiki mempertahankan hak hati sendiri,
Biar mereka tahu betapa insan itu tidak mati pada hati dan budi,
Tidak mati pada akal dan mimpi,
Biar mereka sedar kembali,
Andai esok akan hadir pasti.
Mushesa 2010

No comments:

Post a Comment