Monday, August 2, 2010

Kisah Melodika Senja

Ku sampaikan sebuah melodi senja,
Biar usang nada alunan,
Biar gemalai tari lentoknya,
Kerana melodi ini hanya engkau sahaja mengerti,



Tiada yang lain,


Ku utuskan tiap-tiap bait puitis ini dalam rapsodi
Sebuah kerinduan,
Barulah aku kenal erti sebuah hati dan perasaan,
Sekilas jauhari pasti mengenali,
Mana puisi mana irama,


Biar dendangnya tidak semeriah dulu,


Biar kali ini,
kemerduannya tidak semanis suatu ketika dulu,
Kisah ini hanya kita sahaja mengerti,
Biar bahasa kita berbeza,
Biar tradisi itu kita belakangi,
Kerana kita berfikir menggunakan minda dan hati,


Bukan hati dan emosi,


Aku tahu kau berada dalam kepekatan yang malap,
Kegelapan yang muktamad,
Kebingungan yang teramat,
Dalam mencari ideologi kehidupan nurani,
Kadangkala kau terlewat pada satu batu nautika,
Yang terlempar jauh dari persada realiti,
Lantas kau renangi cuba melawan arus,
Berpaksikan pada nafsu yang hakiki,


Sahabatku,
Cuba kau ingati semula bait-bait yang pernah ku ajari,
Pasti ada satu yang bercerita tentang kita,
Mengapa kita masih disini.
Jika kau masih lupa akan alunan merdu suaranya,
Biar aku cuba lagukan,
Biar aku cuba ajarkan,
Agar kau tidak pernah lupa,


Biarkan hatimu sering dalam kedamaian,
Terlena bersama angin senja~


Senja ini dihiburkan,
Dengan ciap-miap burung yang berterbangan,
Sedekad lalu, kita sedang berlari ketika ini,
Deruan angin melintasi liang roma yang hangat
Di basahi keringat remaja,
Ketika itu pintamu hanya satu,
Usah dicalar kemanisan hidupmu,
Usah di goyah usaha jiwamu,
Kau telah buktikan yang sememangnya,


Engkau adalah engkau,


Kau telah ikuti irama yang pernah kita cipta
Lebih seusia lalu,
Namun, semakin aku amati,
Semakin sumbang petikan melodi yang kau lagukan,
Semakin sumbang melodi yang pernah kita alunkan,


Adakah lambaian senja ini,
Semakin hampir ke pekat malamnya,
Adakah bisikan angin ini,
Kian lesu menggamit keperitan malam,
Adakah sang bayu sudah jemu,
Melegakan kita tatkala,
Kita masih berada disini,


Aku sering tertanya-tanya,
Kadangkala, manik-manik halus itu,
Kerap kali melata, mencurah tanpa ku sedar,


Aku merindukan senja itu,
Senja yang pernah kita bermesra,
Senja yang pernah kita bermanja,
Senja yang melewati hati ke hati,


Bicara tentang peribadi dan emosi,
Sebuah melodi usang di senja hari~


Mushesa

No comments:

Post a Comment