Monday, August 2, 2010

Suara Dunia

Getar suara petala dunia,
Satu malapetaka bertempiaran datang,
Membibitkan calitan kemarahan dalam selimut
Kepanasan hati.
Ada satu mimpi untuk menerjah tiap kepiluan
Dan kedukaan hidup paranormal.
Menyingkap kalung kesedihan,



Sungai air mata,
Kekontangan tidak menjadi peneman dalam
Hari-hari perjuangan mujahid sejati.


Amarah dan maruah,
Menjadi tiang paksi menangkis renjatan
Ketakutan,
Setiap langkah bertitahkan satu keamanan
Sejagat,
Setiap larian mengundang seribu satu
Kesilapan.
Keangkuhan lawan menjadi pertaruhan.


Sebuah kedaifan menjadi medan,
Sugul, sedih menanti titip berita dari seberang,
Perkenan dari mata dunia,
Membawa khabar yang indah,
Peluang meraih sebuah kehidupan sempurna.

Kini,
Balasnya darah,
Dengan laskar angkuh yang sedang berpesta,
Hanya tuhan bisa penentu segala,
Dunia seakan terkunci gerak langkah,
Tunduk menyerah kalah, menanti perintah,
Sedar dunia masih lagi bernyawa,
Sekecil zarah sekelumit doa dipinta.


Perjuangan hari ini,
Merupakan titik permulaan hari esok,
Andai hari ini gagal,
Kuasa tuhan memberikan hakikat sebenar,
Biar kesakitan itu kita rasai bersama,
Kerana pengorbanan ini sesuatu yang amat bermakna,
Dunia seperti tunduk malu,


Biarkan yang masih terlena terus bermain mimpi,
Kita yang sedang peka meniti hari,
Teruskan berdiri,
Terus berbakti.


Mushesa

No comments:

Post a Comment