Saturday, August 14, 2010

Fakir

Kita fakir di bumi bertuah ini,
Sungguh miskin akal, miskin pula budi,
Kita berada dalam kepompong sebuah kebodohan,
Kita masih lena dalam dodoian sebuah kebuntuan.

Acapkali kita suarakan pelbagai ideologi,
Tidak kira apa halangan mahupun sangkalan,
Yang terdaya hanyalah sebuah angan-angan,
Sebuah Impian,
Ingin berpaut pada awan nan kebiruan,
Mahu mendaki sehingga langit ketujuh tingginya,
Itulah kita,
Insan fakir yang lupa pada darjatnya.

Kita sungguh fakir dalam kehidupan sehari-hari,
Kita rebah tanpa bantuan dari sesiapa,
Kita lemah tanpa helaan nafas setiap detik,
Kita tewas pada hukuman masa dunia,
Kita sering terpedaya dan diperdaya,
Itulah kita,
Insan fakir yang masih leka dibuai lena.

Biar kita fakir dalam inderaloka ciptaan manusia,
Namun kita kaya dengan kurniaan budi pekerti,
Kita pemurah dengan zikir yang tidak henti.

Jangan kita fakir dihadapan Ilahi,
Tanpa sekelumit iman bersisa di dalam hati,
Jangan pula kita fakir tatkala kita pergi,
Kerana itulah petaka abadi…

Karya Ramadhan ke 5, 6:11 Pagi

3 comments: