Monday, August 2, 2010

Hati Dan Simpati

Apabila pena mula menari kembali,
Ada sebuah kisah bakal digarap,
Selaut cinta segunung harapan,
Sebutir simpati, sekelumit doa,
Segumpal hakikat, merubah rencana.



Kelihatan kelibat pari-pari putih,
Terbang hinggap pada laluan kaca hati,
Menyatakan ada pembohongan disebalik simpati.
Ada manusia bertopengkan belas,
Mengharap minda mnusia berhenti meneka,
Meraih jiwa-jiwa yang lemah pada cinta,
Pada kata,
Pada tangisan…


Adapun sebuah sangsi dapat membokar ilusi,
Hakikat muncul kembali,
Kerana kuasa tuhan itu abadi,
Hati mula berkata,
Samada insan ini dapat menyelami hati-hati
Yang terluka,
Yang tersesalkan segala derita yang pernah
Dirasa bersama.


Nama yang indah,
Bukan bermakna suatu keindahan dalam bicara,
Simpati itu merupakan sebuah kemenangan,
Akhirnya rebah jatuh dalam sengsara.
Ajal maut semuanya kehendak yang Esa,
Kita bertasbih mengharap tafakur dapat
Memanjangkan usia…


Mungkin,
“Hati dari seberang” sudah rosak dimamah simpati,
Sudah kabur mata dengan kehangatan cinta manusia,
Sudah pekak telinga dengan pujian menjulang tinggi,
Sudah bisu bicara dengan kata-kata manis
Meraih sejuta emosi.


Kita sebagai insan biasa,
Guna akal untuk meneka,
Satu kurnia yang Esa,
Untuk membezakan
Mana benar,
Mana salah,
Semoga kita mendapat redha…


Mushesa

No comments:

Post a Comment