Monday, August 16, 2010

Hatta

Jangan kita pernah alpa dalam meraih kehidupan sempurna,
Kerana nilainya tidaklah setinggi kehidupan di sana,
Keindahannya merupakan satu jurang langit dan bumi,
Hatta,tiada sekelumit terfikir akal yang tidak kesampaian.

Jangan kita terlena dengan pujukan dunia semata,
Kerana tangisan dan kedukaannya adalah suatu rayuan,
Meminta untuk dibelas dan disanjung senantiasa,
Hatta, membawa kita bermimpi di siang hari.

Jangan kita terbuai dengan resam di dunia,
Terikat pada tradisi yang membelakangi agama,
Kita percaya pada sesuatu yang bisa buat kita berpaling,
Hatta, memaksa kita melawan arus ketentuan.

Jangan kita pernah merasa kitalah sahaja,
Kerana ada yang lebih sempurna menggarap kisah hidupnya,
Kita hanya sekelumit zarah di atas bumi ciptaan Allah,
Hatta,tidak tahu bagaimana pandangan tuhan terhadap kita.

Jangan kita pernah mempersoalkan perkara yang sudah pasti,
Kerana kerugian pasti bakal menimpa,
Apabila nafsu sudah menyeliputi segumpal hati,
Hatta, menjadi racun berbisa kelak memakan diri.

Jangan kita terlanjur berfikir pada batas-batas terlarang,
Kerana buah fikirannya akan diuji oleh syaitan,
Kerana takut hati kita lemah dan mudah dilemahkan,
Hatta, kita akan terdampar dalam sebuah kesesatan.

Karya Ramadhan 7, 5:37 pagi

No comments:

Post a Comment