Thursday, August 12, 2010

Raikan Cinta

Marilah kita raikan cinta sejati,
Cinta yang hadir tulus kerana Allah Taala,
Cinta yang mekar lahir dari hati yang ikhlas,
Cinta yang menjanjikan sebuah syurga firdausi,
Sebuah cinta kurniaan Ilahi.

Marilah kita raikan cinta sempurna,
Tidak perlu bebunga wangi atau tempaan emas permata,
Sebuah anugerah tuhan yang tak ternilai harganya,
Tidak berbalas dengan segala isi dunia,
Cukup sekadar dengan balasan redha dari-Nya.

Marilah kita raikan cinta nan agung,
Cinta ini hadir dari hati hamba Allah yang terulung,
Mencintai Allah dan rasulnya sepenuh jiwa raga,
Tanpa rasa ragu walau dipukul ombak kepalsuan,
Namun hati tetap berserah pada takdir yang maha Esa.

Marilah kita raikan cinta suci ini,
Tiada perlu pengorbana yang amat menyesakkan,
Hanya amalan menjadi pertaruhan,
Sebuah keikhlasan hati dalam setiap ibadah murni,
Balasannya sebuah keredhaan daripada Tuhan yang dicintai.

Insya Allah,
Karya 3 Ramadhan,5:52 pagi

No comments:

Post a Comment