Monday, August 2, 2010

Cinta

Ada kerinduan di sebalik senyuman,
Satu persatu memori kian menerpa
Pada jalan yang telah ditinggalkan,
Picisan sepi sebuah memoir,
Kian menghangatkan emosi,
Walaupun kedinginan menyentap
Sebuah ilusi,
Hakikatnya, sebuah kerinduan itu,
diiringi sebuah kesyukuran hakiki.



Warna-warna sebuah rencana,
Seperti mengkhayalkan
Sesiapa yang mampu mengerti,
Buaian rasa semakin membuatkan
Insan kian terlena,
Bait-bait puitis dari susunan aksara,
Kian giat menusuk kalbu,
Memuji jiwa,
Menyingkir lara.


Adanya kehadiran cinta semakin jelas,
Berlegar-legar tanpa rasa malas,
Kesegaran aroma semakin terasa,
Kerana cinta itu telah membuktikan kekuasaanya,
Ia telah datang,
Menyembah pemilik menjadi sebuah hamba,
Hatta,
Kerajaan hati akhirnya termiliki,
Tiada kudrat selain takdir
Yang mampu memecah dan menggegar,
Mantera sufi seorang kekasih,


Cinta itu sesuatu yang suci,
Sebuah kurniaan dari Ilahi,
Sukar untuk diinterpretasi,
Sukar untuk difahami,
Tetapi,
Cinta dengan keikhlasan,
Mampu meraih sejuta harapan,
Bisa membuatkan insan bersabar,
Mampu merubah paksi dunia.


Dan sebenarnya,
Cinta itu kepunyaan Ilahi,
Untuk dirasai dan dipelihara,
Cinta itu tersangat indah,
Bisa membuat kita ketawa,
Berduka dan kecewa,
Kerana itulah cinta,
Sebuah kurniaan yang terindah,
Ialah CINTA…


Mushesa

No comments:

Post a Comment